Biografi Alfonso Cuarón

Awal hidup dan pendidikan

Alfonso Cuarón Orozco lahir di Bandar Raya Mexico pada 28 November 1961 kepada Alfredo Cuarón, seorang doktor perubatan nuklear, dan Cristina Orozco, seorang ahli biokimia farmasi.[1] Beliau anak kedua dalam tiga adi-beradik, adiknya Carlos juga seorang pembikin filem manakala seorang lagi saudara Alfredo ialah seorang ahli biologi pemuliharaan.

Beliau mempelajari bidang falsafah du Universiti Autonomi Nasional Mexico serta pembikinan filem di sekolah Centro Universitario de Estudios Cinematográficos terletak dalam universiti sama.

Kerjaya pemenyiaran awal, penceburan dalam perfileman

Cuarón mula giat bekerja dalam produksi televisyen di Mexico; pada mulanya sebagai seorang juruteknik sebelum menjadi seorang pengarah. Pengalamannya bekerja di bidang tersebut memudahkan beliau mendapat kerja sebagai pembantu pengarah dalam beberapa produksi filem. Filem pertama diarahkan beliau ialah

Beliau mula muncul di Hollywood dengan filem A Little Princess, adaptasi karya berjudul sama nukilan Frances Hodgson Burnett pada tahun 1995.

Kemasyhuran